BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Amaran: Blog ini hanya untuk kepuasan hati pemiliknya sahaja, tidak akademik, islamik dan politik..

Thursday, November 10, 2011

Kehidupan Di Duniamu...

Friday, August 26, 2011

Maaf Itu Sabar..


Masalah itu bisa mendatang.. Aku kini terasa bengang.. Sungguh tidak disangka ditikam dari belakang.. Sungguh aku kecewa dan terasa goyang..

Kenapa mesti begini..? Kenapa dicampuri urusan peribadi..? Kenapa seringkali manusia mendahului empunya diri..?

Kali ini bukan luahan.. Kali ini satu ratapan.. Kali ini penuh tikaman.. Kali ini aku jatuh dengan perkataan..

Urusan itu, urusan aku.. Urusan itu, urusan keluargaku.. Namun kenapa mereka bertindak melulu..?

Bukan aku ingin menyimpan rahsia.. Aku menanggung satu perkara.. Perkara yang aku perjuangkan sebatang kara.. Adakah mereka mengambil kira itu semua..?

Sudahlah kalian mendatangkan masalah kepadaku.. Peliharalah diri kalian daripada menimbulkan fitnah terhadap saudaramu.. Kesengsaraan itu hanya aku yang tahu.. Kesengsaraan itu telah ku tanggung bertahun yang lalu..

Ya Allah, aku berharap.. Tiada yang ku harap melainkan satu harapan..

Peperiksaan Yang Menjelang..


Luahan yang berterusan, kian lama kian membosankan.. Angan-angan yang berpanjangan, kian lama kian jauh daripada kenyataan.. Debaran yang sering dinantikan, kian lama kian sirna ditelan zaman.. Peperiksaan itu pergi dan datang, namun persediaan yang bagaimanakah harus aku siap-siagakan..

Kini aku bukan lagi seperti dulu.. Kini aku berwajah baru, bersemangat jitu.. Aku tahu, dunia ini bukanlah sebenarnya yang aku tuju.. Destinasiku masih jauh beribu batu.. Biar dugaan, cabaran, halangan yang datang mengganggu, aku yakin pada Allah yang satu..

Aduh, aku tersungkur kembali.. Apakah ini semuanya realiti atau sekadar fantasi.. Ku sangkakan semua rintangan telah ku harungi, namun tanpa akar tiadakan pohon dapat berdiri.. Ku melihat ke langit tinggi, dari situ turunnya hujan membasahi bumi.. Ku melihat ke arah ombak menggunung tinggi, dari situ datangnya pelbagai rezeki.. Ku berpijak di bumi Ilahi, ku tahu saatnya akan tiba nanti..

Allah, Allah, Allah... Daku memohon perlindangan dariMu.. Daku memohon rahmat dariMu.. Daku memohon keyakinan dariMu.. Kuatkanlah daku atas segala kelemahanku, tunjukilah daku atas segala salah silapku, perbetulkanlah daku atas segala penyimpanganku.. Peperiksaan yang menjelang harus kutempuhi dengan tenang.. Kerna ku yakin Allah tiada pernah terlepas pandang..
Luahan tetap luahan...

Wednesday, June 1, 2011

Pendirian Luar Maya..


Aku hilang, sesat dalam khayalan.. Realiti yang terpampang sepatutnya membuatkan aku lebih matang, namun hakikatnya aku makin menyimpang.. Ketakutan, kegundahan yang tersimpan, aku pendam dan pamerkan ketenangan..

Namun mana mungkin diri ini menipu, bahkan jua terus mengampu.. Aku keliru, jalan manakah yang harus aku tuju.. Pening, berdebar, risau, kacau, buntu, hati keras membatu.. Masa terus tuntas berlalu, namuan aku masih termangu-mangu..

Salahkan aku membina persepsi kendiri..? Ya, memamg ini bukan penyelasaian yang hakiki, namun apakah yang harus aku buat lagi..? Ya Allah, perasaan ini hanya Engkau yang tahu.. Ya Allah, aku benar-benar mengharapkan pertolonganMu.. Ya Allah, sesungguhnya segalanya sudah tersurat sejak dulu..

Datanglah wahai air mata penyejuk hati dan nurani, mengalirlah ibarat sungai yang membawa rezeki.. Bersinarlah dengan sifat yang suci, hapuskanlah dosa dalam diri.. Kurniakan daku kekuatan dan pedoman, bimbinglah daku ke arah kebenaran, sinarilah hidup daku dengan cahaya keimanan, tenangkanlah daku dengan syurga idaman..
Moga senyuman ini membawa seri bersama berkat Ilahi..

Sunday, January 10, 2010

Keserabutan Yang Berpanjangan..


Ini bukan kali pertama utk aku mengadu.. Ini bukan kali pertama aku bernada syahdu.. Ini bukan kali pertama jiwaku terasa pilu.. Sungguh, aku terseksa di dunia ini.. Seringkali aku mencari namun tidak ku temui.. Luahan di hati tidak dapat didengari.. Yang ku mampu hanya menekan papan kekunci..

Aku bukan lagi keliru apatah termangu-mangu.. Mulutku bisu jasadku kelu.. Keyakinan yang selama ini dipasak membatu kini merapuh bak sebatang kayu.. Betapa aku bimbang andai ditarik roh sepintas lalu, aku pergi terkulai layu..

Ya Allah, betapa kini aku sangat mengharap.. Harapan yang kian pudar namun tetap ku garap.. Bantulah aku dalam menghadapi hidup yang bersirap.. Moga dijauhkan aku daripada menjadi binatang kurap..

Tulisanku caca merba seperti tiada makna.. Orang melihat bisa mengutuknya.. Namun inilah cara aku berkata-kata.. Tiada minta dinilai atau dihina..

Friday, August 28, 2009

Memandang Dan Dipandang..


Ya Allah, betapa lama aku tidak mengirimkan khabar beritaku kepadamu.. Aku merindu, dan ingin dirindu selalu.. Sekali-sekali aku rasakan aku tidak lagi mampu memikul amanah daripadamu.. Kerana dunia ini penuh dengan nafsu, seringkali membuat aku bertindak melulu..

Aku mengerti akan hakikat introspeksi diri yang dibuat saban hari.. Aku nampak di mana kelompangan, di mana halangan.. Aku cuba, dan terus mencuba membina mahligai diri, namun aku bimbang tiadalah ia mampu berdiri.. Tiadalah hidup aku di dunia ini dengan sendiri, melainkan penuh dengan manusia di kanan dan kiri.. Aku mencari, namun sering dihalangi..

Kenapa tiada yang mengerti diri ini..? Kenapa tiada yang memberi ruang untuk diisi..? Kenapa seringkali aku jatuh setelah berdiri..?

Tembok kekuatan yang aku bina sebagai penghadang, namun harus aku ingat tidak mustahil ada yang menerjang.. Segala apa yang aku mampu usahakan aku jadikan pedoman, namun pasti ada yang melontarkan pandangan.. Hidupku dalam rantauan yang aman, namun pasti ada yang melakukan kefasadan..

Ya Allah, aku hanya mampu menjaga diri, namun tiada aku mampu mengawal mereka yang empunya diri.. Adalah aku mengharapkan perlindungan dalam hidup ini, supaya rebah nanti bangun kembali.. Jati diri yang aku bina selama ini, semoga kekal utuh abadi dan sentiasa dirahmati..

Vertical bukan horizontal..


Aku sentiasa merenung akan setiap muamalat antara manusia itu, di manakah ikatannya..? Mata yang saling melihat hanya mampu bertahan buat seketika.. Tangan yang memegang akhirnya terlepas jua.. Lidah yang berjanji hanya untuk dimungkiri akhirnya..

Kadang-kadang antara aku dan mereka wujud perasaan benci, perasaan hasad dengki, perasaan tidak puas hati, dan kadang-kadang juga antara aku dan mereka wujud perasaan rindu, sayang, cinta.. Aku keliru tentang hakikatnya..
Di manakah sebenarnya timbul perasaan dan tautan yang seakan-akan khayalan ini..?

Hati..
Hati yang sentiasa berbicara, hati yang sentiasa melihat dan hati lah yang sentiasa memegang.. Jauhnya aku dgn dirimu sama jaraknya antara aku dengan manusia lain, tinggal kepada kamu untuk meletakkan garis penamatnya.. Aku berdiri di ufuk selatan, aku lihat dikau berdiri di ufuk utara.. Aku terbaring di sebelah barat, rupanya dikau ku lihat terbaring di sebelah timur.. Di mana sahaja aku berada, dikau sentiasa di sisi..

Satelit di atas, memberi dan menerima.. Aku menghantar isyarat, ia menahan.. Lalu dipancarkan kepada sasaran.. Dikau juga menghantar, maka ia menahan.. Lalu dipancarkan kepada sasaran.. Kini baru ku mengerti, apakah sebenarnya yang tersirat di hati.. Setiap luahan ku didengari, walau tidak pernah ku zahirkan kepada sesiapa cuma diri sendiri.. Kerana di atas itu, ada yang menerima dan memberi..

Patah tumbuh hilang berganti, tiada jauh andai berbakti..